Jumaat, 24 Oktober 2014

assalamualaikum....
tetiba tangan terasa ingin mencoret lakaran tinta yang jarang digilap kemahirannya- (penulisan)- saat hati ini terkedu, mata merembes air suci dari tubir mata sang lelaki yg mahal harganya bagi sesetengah orang..aku membiar ia berlalu laju menuruni pipi berlekuk dah seperti kawah di bulan. asbabnya terlalu kecil jika dikhabarkan, bukan mahu mencanang aku ada hati yang terlalu rapuh, tapi rasa yang tidak terbendung lantaran mata tertacap kepada dua blog ini http://izzatulhuda.blogspot.com dan http://peace-told.blogspot.com . izzatul huda seorang pelajar yang gigih, anak yang solehah, teman yang baik...cerita beliau hanya sekadar menjadi jamuan halwa telingaku. perkhabaran beliau diuji Allah dengan ujian yg berat, sama sekali sukar dihadam pada rasa yg mendengarnya, apatah lagi bagi yang memikul. cerita2 beliau hanya kudengar dari Luqman Abu Bakar seorang teman yang rapat dengan beliau. sempat ku melawat beliau di HUSM sekali. walau senyuman yang kelihatan diwajah yang mulus itu,tersimpan seribu penderitaan yang hanya Allah yang tahu, mungkin aku tidak setabah itu dalam menempuh ujian itu. mungkin sebab itu Allah memilih dikau. insyaAllah, ...pasti besar ganjaranmu di Sana. melihat nama blog beliau saja, sudah menggambarkan ketabahan dalam menempuh mehnah dan tribulasi. ingat! sesungguhnya Allah hanya menguji hambanya dengan kadar kemampuan...sebab Allah tidak pernah menzalimi hambanya. ketika coretan ini ditulis, air mataku masih merembes..mengenang saat terakhir ku melawat beliau beberapa jam sebelum beliau pergi menemui kekasihNya. betapa sekujur tubuh yang sudah tidak berdaya dibantu dengan mesin dan segala alatan perubatan...hanya mampu kutitip kepada Rabb agar mengurang kesakitan dan memberi kesembuhan. dan seandainya kematian adalah solusinya, Kau ambillah nyawanya dalam keadaan yang paling lembut. sesungguhnya kita hamba hanya mampu berdoa, dan yang menyempurnakannya tentulah Rabbul 'Alamin. teringat firman Allah:فَإِذَا جَاء أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُونَ..... maksudnya: apabila datang ajal mereka, tiadalah mampu diperlewatkan atau diperawalkan walaupun sesaat. Moga rohnya tenang disana dengan amalan dan kiriman doa dari yang mencintai. ya Allah, engkau ampunilah dan kasihanilah beliau dalam rahmatMu. dan buat teman yang lain, hidup ini perlu diteruskan. yang pergi tetap akan pergi, tinggal saja kita yang menanti giliran dipanggil menemuiNya. persiapkan diri dengan amal,iman dan taqwa. cari sebanyak mungkin ilmu agama disamping dunia tidak ditinggalkan. moga hidup kita tidak dilalaikan dengan kesedihan sementara yang akan tenggelam bila hadirnya lazzah duniawi. cukup rasanya coretan dalam kesyahduan dari teman yg hanya mengenalimu melalui hikayat penceritaan. moga tenang disana......اينما تكونوا يدرككم الموت ولو كنتم فى بروج مشيدة...والسلام عليكم ورحمة الله