Khamis, 7 Mei 2015

Ulang Tahun Kelahiran Ke 27

My Birth day Celebration?


assalamualaikum....
 27 tahun lalu pada tarikh 8 Mei 1988 bersamaan 21 Ramadhan, aku telah dilahirkan kedunia ini. dan sejak dari tarikh itu tidak pernah diri ini merasa menyambut ulang tahun kelahiran, sehinggakan bila sudah terlepas tarikh berkenaan barulah tersedar. ironinya , adakah ianya disambut dan diraikan oleh Nabi junjungan kita?
Kita sering diingatkan supaya tidak menyerupai sesuatu kaum, seperti mana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum dia dikira dari kaum tersebut”. (riwayat Abu Daud, no: 4031, Ibn Hibban, no: 437, Al-Haithamiy, Majma’ al-Zawaid, jld: 10, hlm: 274).
Maksudnya kita ditegah supaya tidak menyerupai mana-mana kaum yang jelas ingkar kepada Allah SWT.
Kalau dilihat sepintas acara sambutan hari lahir tidaklah menggambarkan apa-apa. Namun banyak yang diceritakan bahawa memotong kek dengan meniup lilin adalah sambutan golongan bangsa yahudi atas kemenangan mereka ke atas umat Islam.
Apa yang dikhabarkan ialah kek itu umpama dunia Islam dan lilin itu cahaya Islam. Lalu ditiup lilin menandakan mematikan cahaya Islam dan memotong kek maksudnya membahagi-bahagikan taklukan yahudi atas negara-negara Islam.
Saya kira semacam ada dongengnya. Alasan saya, cahaya lilin tiada kena mengena dengan cahaya Islam, cahaya Islam adalah Nur yang tidak boleh dipadam oleh sesiapa pun, kerana ia bukan cahaya hakiki (cahaya sebenar seperti cahaya lampu) tetapi cahaya maknawi (yang diumpamakan tetapi tidak sama).
Umat yang beragama Islam tahu bahawa bangsa Yahudi tidak pernah rasa tenang dan reda atas orang Islam, kerena mereka benar-benar inginkan umat Islam terpedaya atas segala ajakan mereka dalam segenap kehidupan manusia. Ini termasuklah mempengaruhi umat Islam supaya meniru mereka.
Allah SWT yang mengutus Rasul-Nya Muhammad saw telah berfirman yang bermaksud: Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu. (al-Baqarah: 120)
Allah SWT memaklumkan dan memberi peringatan agar umat Islam berhati-hati atas segala tindak tanduk kaum Yahudi yang sentiasa merancang jahat atas kemusnahan agama Islam. Adapun cahaya Islam tiada kaitannya dengan cahaya lilin, kalau dipadamkan cahaya lilin dengan meniup tidak bermaksud terpadam cahaya Islam.
Allah berjanji akan menjaga cahaya Islam, biarpun golongan yang memusuhi Islam cuba memadamnya, firman Allah SWT yang bermaksud: Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang kafir tidak suka (akan yang demikian). (al-Saf:
Cahaya Allah dalam ayat ini bermakna Islam yang sedang berkembang dan akan terus berkembang biarpun ada usaha untuk memadamnya (menghentikan).
Menerusi kedua-dua ayat yang di atas dapat disimpulkan bahawa meniup lilin dan memotong kek tidak seperti yang dimomok-momokkan oleh segelintir penulis.
Mungkin cara berfikir sesetengah dari kita yang tidak analis sesuatu cerita dari sudut latar belakangnya, lalu mudah menerima perkhabaran yang belum tentu kesahannya. Apa-apa pun setiap amalan kita bergantung kepada niat.
Budaya potong kek diterima dan diislamisasi dengan tujahan nilai-nilai Islam. Justeru, bagi mereka yang ingin menyambut hari lahir setelah dia memotong kek adalah lebih baik kalau disertai dengan bacaan doa selamat.
Adapun nyanyian iringan happy birthday to you ditukar kepada “Allah selamatkan kamu”. Seperkara yang perlu diingat ialah tiada acara melalaikan.
Oleh yang demikian, iringan doa adalah lebih utama kerana majlis itu disambut dengan kegembiraan dengan peningkatan usia yang dikekalkan kesihatan dan keafiatan.
Walaupun demikian, tokoh dan sarjana Islam, Prof. Dr. Yusof al-Qaradawi, menganggap bahawa menyambut hari lahir adalah suatu yang kurang tepat kerana kenapa harus disambut usia yang kian meningkat tua.
Sambutan yang dibenarkan oleh Islam adalah, dengan mengadakan majlis kesyukuran, dengan mengajak orang makan dan lain-lain amalan kebajikan yang lain, dan tiada aktiviti-aktiviti maksiat dalamnya.
Apakah yang hendak diraikan?
Ya, apa yang hendak kita raikan sebenarnya? Wanita terutamanya amat mengambil berat tentang tarikh lahir. Isteri boleh jadi merajuk besar jika suami tidak ingat akan tarikh hari lahirnya. Hakikatnya ramai yang tak perasan harijadi bermakna usia kita telah bertambah dan tempoh hayat semakin berkurang. Dalam kata lainnya kubur pun sudah kata mari… macam tak kena pulak kalau kita nak bergembira meraikannya jika difikir dari sisi ini kan… kecualilah setahun yang lalu kita telah isi dengan ketaatan sehingga kita rasa benar2 gembira.
Saya setuju dengan artikel Ustazah Maznah, jika benar setahun yang lalu kita telah manfaatkan masa yang ada dengan segala amal kebajikan, kebaikan dan ketaatan kepada Allah, maka wajarlah kita rasa gembira dan bersyukur. Adalah lebih baik jika kesyukuran itu diterjemahkan dengan menigkatkan lagi amal soleh, bukannya dengan membuat upacara sambutan yang tidak selari dengan ajaran Islam.
Sebaliknya, jika setahun yang lalu kita cuai dalam melakukan kebaikan dan ketaatan kepada Allah, maka kita patut berasa insaf, bertaubat dan perbaiki diri agar esok menjadi insan yang lebih baik. Manfaatkan usia yang dikurniakan (yang kita tak tau bila penamatnya) dengan amal soleh dan dekatkan diri dengan Allah.
KESIMPULAN:
  • Jadikan hari lahir sebagai hari muhasabah diri – sejauh mana kita telah berbakti kepada Pencipta yang telah memberikan kehidupan ini kepada kita.
  • Pada hari lahir anak2 patut merenung kembali jasa ibu bapa. Bertambah usia anak2, bertambahlah budi ibu bapa di dalam menjaga dan mendidik mereka. Sudah terbalaskah budi ibu bapa?
  • Usah biasakan anak2 menjadikan budaya di mana hari lahir adalah hari kita menanti dan menagih hadiah, terutama dari ibu bapa yang sememangnya sudah banyak berkorban untuk anak2.
  • Sebaliknya insan yang menyambut hari lahirnya itulah yang patutnya memberi hadiah kepada mereka2 yang telah berjasa  dalam hidupnya sehingga ke usia yang telah dicapai sekarang ini.
HUKUM:
Ada 2 pendapat ulama mengenai hukum sambutan hari lahir:
1) Sesetengah ulama berpendapat adalah haram sambutan harijadi yang mengadakan upacara meniup lilin, menyanyi dan menari dalam keadaan bercampur gaul lelaki dan perempuan kerana ianya perbuatan yang meniru budaya orang bukan Islam. Nabi SAW bersabda: “sesiapa yang meniru satu kaum, maka dia termasuk dalam kalangan kaum tersebut” (Riwayat Abu Daud).
2) Ada pendapat yang lain pula mengatakan sambutan hari jadi adalah perkara yang tiada nas mengenainya, sama ada menyuruh atau melarang. Oleh itu perlu dilihat kepada tujuan dan cara sambutan diadakan.



Rabu, 6 Mei 2015

Doa ini, Masih bersama kalian

Doa ini,
Masih bersama kalian 
Ku Menanti berita 
Moga angin khabarkan rindu ini buat kalian 
Agar kalian tahu betapa aku mencintai dan menyayang
Rindu ini..ku terjemah pada coretan kalam 
Menanti kalian pulang membawa kejayaan 
Semoga kita masih lagi bertemu dalam rahmat Tuhan
Kerana waktu itu...kita tiada lagi kesempatan seperti sekarang
Suatu saat nanti. .aku sangat bangga kerana pernah diberi kesempatan menyayangi kalian
Hanya sesekali berita kesihatan dan kematian menjengah digendang telinga
Hanya pasrah dan redha pada ketetapan Tuhan

Doa ini
Masih bersama kalian
Tidak ku rela berpisah ..jika diberi pilihan 
Tapi..apakan daya..hidup ini perlu diteruskan
Biarlah..masa berbicara pada bahasanya
Biarlah...alam berputar mengikut masanya
Biarlah...umur meningkat usia 
Biarlah. ..apa orang nak kata 
Hakikatnya. .kaseh dan sayang ini..sukar diganti 
Susah untuk diterjemah
Payah diungkap
Ianya..terpateri rapi dlm sanubari
Menjadi kenangan abadi hidup sepanjang zaman
Menanti dipintu syurga..untuk dirai

Doa ini
Masih bersama kalian,
Indahnya ukhuwah..sukar dilafazkan 
Kerana aku juga tidak mengerti
Halus mainannya 
Rapuh rasanya
Susah dijaga 
Tp..manis pada yg hidup dengannya 
Saat rase membawa jiwa 
Saat kata dipulau manusia
Saat iman tergadai alpa 
Saat manusia...menghina 
Kita terus berukhuwah...demi sebuah hubungan

Doa ini
Masih bersama kalian
Biar kalam sunyi tanpa bicara.... 
Biar amalan lurus pada ajarannya ...
Biar agama tertegak dengan pasaknya
Demi mencari redha Tuhan 


Doa ini
Masih bersama kalian
Selagi  rasa cinta ini dipinjamkan
Kaseh dan sayang ini penaut segala

huh...aku mencoret ini 
Bukan terpaksa 
Mahupun memaksa 
Bukan dipaksa 
Tp...saat datang nya tenang dan damai  jiwa 
Mengenang kalian dalam rahmat Tuhan 

Saat doa ini
Masih bersama kalian
Berjuanglah  dalam kebaikan
Moga sentiasa ..istiqamah berkebajikan 
Sedasawarsa yang berlalu nanti.. 
Tanpa kalian ...
bukan ukuran cinta berkurangan 
Ianya manifestasi sebuah ingatan, doa dan kesabaran 
Ouh..penat bermain kata
Penat menghitung janji setia 
Penat mengulang rasa 
Semua terpadam pada bahagia mendengar kalian berjaya .
menjadi manusia berwibawa
Disisi tuhan kamu mulia 
Disisi manusia kamu diangakat dipuja 
Namun jangan sesekali terbelit pada mainan rasa
Syaitan sentiasa berusaha
Sentiasa lah tawadhuk memandang dunia
Kerana yang dikejar..akhirat kekal selamanya