Khamis, 23 Mac 2017

Namanya senja

Namanya senja,
Bergenang pada tubir matanya,
Bercucuran laju menuruni pundak dan lekuk,
Kilat sabung menyabung, tanda lebat bukan mainan,
Hati pula pilu, bagai diruntun runtun
Argh..benarlah bicaranya sang tua,
Ingatkan panas sampai ke petang tapi rupanya hujan ditengahari,
Panas bukan kepalang dipaginya,
Menyengat kepala, selsema menyinggah,
Sunyi hatinya segersang varsity tua ini,
Indah khabar dari rupa,
Digendang dipalu, rupanya ruh hilang entah kemana,
Sekadar menanda lulus ujian,
Tapi jiwa tidak diisi rasa, cinta dan pengorbanan,
Berterbangan segala sang tua perjuang,
Hakikat ini terpaksa tertelan,
Bergadai bergolok pertahan pertiwi,
Dari medan inilah, medan ilmu,
Kini gah sekadar aturan pencapai dunia yang dikejari,
Sungguh nilai dan pengorbanan hilang
Yang patut meresap kedalam denak dan benak setiap graduasinya,
Bangga mereka memakai ‘mortar’ kemegahan,
Gah mereka menyarung jubah keilmuan,
Hakikatnya, mereka ketirisan rasa,
Compang dan lompong pada sudut yang tidak terkesan,
Menilai pada corong pujian,
Walhal, hanyalah fatamorgana yang keterlampaun,
Bangkitlah dari mimpi wahai sang graduasi varsity kemegahan watan

Image result for bangunan um 

Ahad, 19 Mac 2017

ilmu

Jalan menggapai ilmu itu penuh liku. Bukan semua yang mampu. Natijahnya indah. Jalannya sabar dan air mata. Maka bertahanlah menelan setiap peritnya kesusahan jika tidak mahu menghadam peritnya kejahilan. Dipenghujungnya yang perit pasti dinilai indah kerana bukan semua beruntung mendapatnya. Sabarlah sebentar....يرفع الله الذين امنوا منكم والذين اوتوا العلم درجات